TERJAH UMNO / BN - KEBAJIKAN, ALAM SEKITAR & PENDIDIKAN

KEBAJIKAN, ALAM SEKITAR & PENDIDIKAN

1. Universiti awam dikorporatkan. Kemasukan ke pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) memerlukan bayaran yang amat tinggi. Biasiswa sudah dimansuhkan, apa jadi pada rakyat miskin. Ramai penuntut Melayu yang terpaksa melupakan niat nak sambung pelajaran ke Universiti atau institut pengajian tinggi. Jika sambung pun, mereka terpaksa bergolok gadai untuk pembiayaan. Usah kata belanja hari pertama ke IPTA, nak dapat borang UPU pun kena bayar. Semuanya nak dijadikan bahan perniagaan. Nak harapkan perwakilan Umno menyuarakan masalah ini dalam persidangan, taknya berani kecuali asyik dok berpantun dan mengampu tak habis-habis.


2. Umno/BN bercadang ingin mengambil alih semua sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan dan lain-lain negeri untuk diletak di bawah kerajaan pusat. Bagi Umno SAR adalah tempat di mana rakyat dipupuk sedari kecil untuk mengenali Islam dan akhirnya memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Dan bagi mereka ini tidak boleh dibiarkan, kerana kesedaran rakyat bahana bagi mereka.

3. Memaksa penggabungan bank-bank dan syarikat kewangan (21 bank, 25 syt kewangan, 12 bank saudagar) menjadi 6 kumpulan bank besar. Dibimbangi nasib 70,000 pekerja di sektor perbankan akan terjejas.

4. Nasib sebahagian rakyat di Malaysia masih berada di tahap mengaibkan. Pekerja-pekerja lading/estet masih menginap di rumah yang boleh disamakan dengan kandang lembu (Zainal Rampak, Mei 99). Kebajikan mereka diabaikan. Permintaan gaji bulanan dan perumahan lebih selesa tidak dilayan. Malah mereka dihina pula oleh menteri yang dipertanggungjawabkan (Kheng Yaik).

5. Berhajat mengkorporatkan hospital kerajaan dan akhirnya menswastakannya. Bayangkanlah jika rakyat yang tidak berkemampuan gagal mendapatkan khidmat perubatan. Apa akan jadi pada mereka. Sesudah mendapat reaksi negatif dari rakyat, pemerintah biadap ini membatalkan niat mereka. Tapi adakah untuk selamanya atau sementara menunggu kemenangan BN. AWAS!!

6. Mengabaikan asas-asas infrastruktur yang kukuh seperti bekalan air bersih, sistem penyaliran yang baik untuk mengelakkan banjir kilat, pembakaran terbuka menyebabkan jerebu, penebangan kayu kayan tanpa kawalan menyebabkan masalah tanah runtuh. Wujudnya penyakit berjangkit (Coxsackie, Denggi, JE), keracunan makanan (terutamanya murid dan pelajar), jalanraya luar bandar (hanya nampak baik bila dekat pilihanraya), kekurangan talian telefon khususnya di kawasan perumahan baru dan perkhidmatan telefon awam di perkampungan.

7. Siaran TV Pendidikan (ETV) dipindahkan dari RTM2 ke Astro dilihat sebagai ingin menjerat kepentingan rakyat dan membesarkan lagi kronisme kroni BN/Mahathir. Astro yang dimilikki Ananda Krishnan akan memperolehi wang percuma (RM7 juta untuk decoder) dari kerajaan di atas bayaran bulanan di 9,000 sekolah yang akan disediakan perkhidmatan berkenaan. Sedangkan faedah dari ETV untuk pelajar tidak seberapa.

8. BN/Umno sering memperbodoh-bodohkan masyarakat kampung dan pekan dengan cara memperbesarkan isu yang melanda kampung-kampung. Mereka mengatakan para pelajar yang tidak mencapai kecemerlangan pelajaran berasal dari kampung. Sedangkan sekolah di kawasan kampung tidak dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang cukup. Guru yang tidak cemerlang di hantar ke kampung berbeza dengan bandar. Jadi, adakah pelajar kampung anaktiri kepada pimpinan kerajaan sekarang? Lebih teruk lagi jika ditinjau sekolah kebangsaan Tamil, hinggakan ada yang ketiadaan tandas dan kantin. Keadaan sebegini dibiarkan tanpa ada sebarang niat untuk mereka memperbaiki keadaan.

9. Adakah pemerintah sekarang benar-benar mementingkan alam sekitar yang sihat untuk rakyatnya. Berapa kerap masalah jerebu melanda, gejala tanah runtuh (cth. Bukit Antarabangsa), tragedi runtuhnya Highland Tower, banjir kilat, pencemaran sungai (laporan JAS 1997, 93 sungai di Malaysia tercemar teruk), sistem kumbahan industri yang mendukacitakan, pembuangan bahan-bahan toksik di merata tempat dan pelbagai masalah persekitaran yang tak terurus. Yang mereka pandai atau sibuk, setiap kali berlaku kemalangan. Tapi dimana langkah keselamatan dan pencegahan tidak begitu diutamakan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 3:10 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III